Aug 30, 2007

Paper Work

1.0 Pengenalan:

Daerah Kota Tinggi merupakan kawasan pelancongan yang terkenal di Johor. Salah satu tarikannya adalah keindahan alam semulajadi terutama di hilir Sungai Johor. Pelancong datang ke sungai ini untuk menyaksikan keindahan kunang-kunang pada waktu malam. Daerah ini juga dikenali kerana sejarahnya yang mempunyai hubungkait dengan kisah pembunuhan Sultan Mahmud Syah oleh Laksamana Bentan. Makam yang terletak di Kampung Kelantan ini menjadi tumpuan pelancong asing mahupun tempatan sejak dahulu lagi. Dengan kebanjiran pelancong-pelancong ini, secara tak langsung memberi pendapatan yang lebih kepada para peniaga yang kebanyakannnya perniagaan mereka berdasarkan tekstil. Jadi kumpulan kami ingin mengkaji kesan banjir terhadap sektor pelancongan di daerah ini.

2.0 Tajuk Penyelidikan:

KESAN BANJIR TERHADAP SEKTOR PELANCONGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR

3.0 Objektif:

  1. Mengkaji impak banjir kepada sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.
  2. Memberikan informasi kepada masyarakat luar mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kota Tinggi, Johor.
  3. Mengkaji kesan banjir terhadap hotel-hotel penginapan di Kota Tinggi.
  4. Melihat perubahan landskap di kawasan tumpuan pelancong selepas banjir.

4.0 Sasaran peserta:

  1. Pekerja di Tourism Department
  2. Pemilik-pemilik hotel
  3. Penduduk sekitar Makam Laksamana Bentan
  4. Penduduk sekitar kawasan kunang-kunang
  5. Peniaga sekitar Kota Tinggi
  6. Pengusaha tekstil
  7. Pelancong

5.0 Metodologi:

  1. Soal selidik (sila rujuk Lampiran 2)
  2. Temu ramah
  3. Pemerhatian secara langsung

6.0 Skop kajian:

Mengkaji kesan banjir sebelum, selepas dan akan datang terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor.

7.0 Tentatif Program:

  • Sila rujuk Lampiran 1

8.0 Penutup:

Secara keseluruhannya kami berharap supaya dengan hasil kajian kami ini, dapat menyuntik semangat baru kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya yang terlibat dengan kejadian banjir ini.

Kami juga berharap dengan hasil kajian ini,dapat mewujudkan modal insan di kalangan pelajar secara amnya dan khususnya kepada pelajar kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar supaya mantap dari segi teori dan praktikal. Dengan ini, kami amat mengharapkan kerjasama dan sokongan serta komitmen dari semua pihak terutamanya penyelaras program dan warga kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar ini sendiri.

Kami amatlah berbesar hati supaya kajian lapangan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang kesulitan yang akan membantutkan dan menjejaskan program ini kelak. Segala kerjasama yang bakal diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta dapat melahirkan insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang baik pada bangsa, agama dan negara.

No comments:

translation